Perbezaan Nvidia GT GTS GTX

23:57 DreamSoft 3 Comments


Mesti Korang Semua Pernah Tertanya-Tanya
Macam Mana Nak Tahu Graphic Card(GPU) Mana Yang Lebih Elok Kan?
Mungkin Ramai Yang Tak Tahu Lagi Cara Memilih GPU..
So Kat Sini Team DreamSoft Akan Menerangkan Apa Perbezaan
Jenis Graphic Card...
So Jom Kita Mulakan..:D

Bagi anda ingin mngetahui tentang VGA Card NVidia, apa perbezaan antara GT, GTS, dan GTX pada kod siri GPU (Graphic Processing Unit) 
Jika kita lihat siri Video Graphics Card yang dikeluarkan oleh NVidia, maka kita akan mencari kod prefix di depan angka yang melambangkan siri dan kategori dari kad grafik tersebut. Apabila anda sedang memasang komputer gaming, maka jangan sampai salah pilih. Tahu terlebih dahulu apa siri dari VGA Card tersebut dan bagaimana kemampuannya untuk memproses grafik.Dulu, sebelum NVidia mengeluarkan siri GPU GeForce 100, mereka menamakan produk-produk yang direleasenya dengan 4 angka yang menunjukkan jenis, model, dan kelas dari VGA Card tersebut. Disusun sebagai berikut:

    
Angka pertama, menunjukan siri GPU yang digunakan, Contoh: GeForce 9400GT, bermakna menggunakan siri GeForce 9.
    
Angka kedua, ketiga, dan keempat, menunjukkan kategori atau kelas dari VGA tersebut, yang dibahagikan lagi menjadi
        
Antara 000-550, merupakan GPU NVidia yang ditujukan untuk kalangan pengguna umum atau mainstream. Contohnya adalah GeForce 9400GT dan GeForce 9500GT.
        
Antara 600-750, adalah GPU NVidia yang ditujukan bagi mereka yang ingin mengejar prestasi. Contohnya adalah GeForce 9600GT dan GeForce 9600GSO.
        
Antara 800-950, adalah GPU NVidia yang dikhususkan bagi kalangan enthusiast atau penggila grafik tahap tinggi. Contohnya adalah GeForce 9800GT dan GeForce 9800GTX.Prefix atau kod yang terdapat di akhiran nombor siri digunakan untuk membezakan jumlah memory, RAM, inti clock (core clocks), dan pixel pipelines yang digunakan dalam satu siri GPU tersebut. Semakin besar memory, semakin banyak core clocks dan pixel pipelines yang digunakan, maka prestasi kad grafik akan semakin bagus walaupun menggunakan GPU yang sama. Misalnya GeForce 9600GT, 9800GT dan 9800GTX, walaupun sama-sama menggunakan GPU siri GeForce 9, tapi 9800GT masih lebih baik dari 9600GT, dan 9800GTX masih lebih baik daripada GeForce 9800GT.Penjelasannya adalah (yang disusun dari kod GPU yang berprestasi terendah ke tertinggi):

    
GS: Merupakan kad grafik standard dengan clocks yang tidak terlalu tinggi dan memang direka untuk prestasi minimum.
    
GT: Siri GT hanya berbeza tipis dari GS, dengan core clocks yang lebih tinggi dan mungkin juga ditambah lebih banyak memory onboard. Ini pada dasarnya masih merupakan kad grafik tidak terlalu menghasilkan prestasi signifikan namun berharga lebih murah.

    GTS: Ditambah lebih banyak RAM onboard dan mempunyai clocks yang lebih tinggi dari core clocks biasa. Mungkin juga ditambah pixel shaders atau pixel pipelines untuk meningkatkan prestasi kad grafik.
    GTX: Mempunyai memory paling besar dari keseluruhan siri GPU dan clock yang lebih tinggi dari semua yang disebutkan diatas. Juga termasuk lebih banyak pixel pipelines dan biasanya mengalahkan prestasi GS minimum 15 hingga 20% lebih tinggi daripada versi GS.
    
ULTRA: Ini adalah GPU yang menerajui senarai kad grafik terpantas dari siri yang sama. Memory yang terbanyak dan terbaik, ditanamkan core clocks maksimum yang mampu ditangani oleh GPU siri tersebut. Juga jumlah maksimum shaders, pipelines, dan mengalahkan prestasi GTX 25 hingga 30 peratus.Sejak dirilisnya siri GPU GeForce 100, NVidia kemudian mengubah cara penamaan produknya menjadi lebih mudah dengan hanya tiga digit nombor saja, dimana yang membezakan justru di dua digit terakhir. Penjelasannya sebagai berikut:

    
No Prefix (tanpa digit awal), G, GT (dengan dua digit terakhir antara 00-40): Merupakan siri GPU yang ditujukan untuk kegunaan rumah, business, atau Home Theater PC, yang cukup untuk memainkan video resolusi tinggi (contohnya video full HD 1080p ) atau bermain game-game ringan dengan keperluan pemproses grafik tidak terlalu tinggi. Contoh dari siri ini adalah GeForce 210 dan GeForce GT 630.
    
GT, GTS, GTX (dengan dua digit terakhir antara 40-60): merupakan GPU NVidia yang ditujukan untuk peminat video games dan multimedia. Sebagai contoh adalah: GeForce GT 640, GeForce GTS 450, dan GeForce GTX 650. Jadi, jangan terperangkap dengan pola fikiran yang salah, beranggapan bahawa GeForce GT 630 lebih baik daripada GeForce GTS 450. Hal yang terjadi justru sebaliknya, GTS 450 lebih baik dari GT 630.
    
GTX (dengan dua digit terakhir antara 60-95): adalah GPU NVidia yang dikhususkan untuk para enthusiast atau penggemar kad grafik dengan prestasi super alias paling tinggi. Biasanya digunakan untuk memproses imej 3D, reka bentuk grafik, atau video editing dengan resolusi tinggi. Contoh dari siri ini adalah GeForce GTX 770 dan GeForce GTX 780.Untuk kod prefix GT, GTS, dan GTX, penjelasannya masih sama dengan yang diatas, yakni GTX lebih baik daripada GTS, dan GTS lebih baik daripada GT, kerana penggunaan memory, clocks, dan pixel shaders / pipelines yang lebih banyak untuk meningkatkan prestasi GPU.Demikian adalah penjelasan mengenai perbezaan antara kod GT, GTS, dan GTX pada GPU atau VGA Card keluaran NVidia. Semoga bermanfaat!



3 comments:

  1. terbaik lah..harap2 buat pasal amd lak :)

    ReplyDelete
  2. Salam bos.. nak tnya pasal Bit yg ada dkat gphic card tu apa fungsi dia??

    ReplyDelete
  3. salam bos, nak tanya skit ni.
    apa beza antara geforce 920m dengan gt920m ?
    beza dari segi kipas dia atau mcm mne pendapat bos ?

    ReplyDelete