Apakah maksud 'Overclock'?
Assalamualaikum dan Salam 1 Dreamsoft ^-^Hari ini kami akan menerangkan apa maksud overclock
OVERCLOCK
Overclock ialah istilah di mana processor(CPU) telah ditukar kelajuannya secara manual oleh pengguna. Sebagai contoh : Processor AMD X2 2.8 GHz telah ditukar kepada 3.5GHz secara manual.
BAGAIMANA CARA OVERCLOCKING?
Cara membuat overclocking hanya tukar kelajuan melalui setting dari BIOS.
Gunakan Water Cooling - Hardcore overclocking mungkin memerlukan water cooling system, yang tentu lebih mahal harganya. Pendingin berasaskan air akan dipam berjalan, dimana radiator mengusir udara panas keluar.
KEBURUKAN OVERCLOCK
Apabila melakukan overclock mungkin akan terjadi kerosakan kepada hardware anda, CPU yang dioverclock mungkin akan terbakar disebabkan overheat yang melampau. Pastikan sistem penyejukan anda beroperasi dengan sempurna ketika overclock.
Bukan semua processor boleh melakukan overclock, hanya sesetengah sahaja yg sesuai untuk membuat overclocking.
P.S: Overclocking bukan hanya dapat dilakukan oleh komputer, smartphone pun juga boleh melakukannya.
0 comments: